Dijemput Pergi: Bekas Pelajar Nottingham
Allahyarham berkaca mata, berbaju hitam. Ketika majlis ilmu di Nottingham.
Pada petang semalam, saya menerima satu pesanan ringkas SMS daripada seorang sahabat Nottingham. Berita pemergian allahyarham yang dikhabarkan baru sahaja melansungkan akad nikah pada paginya. Tersentak.
“Siapakah yang dimaksudkan?”.
Bukanlah suatu yang menghairankan. Bumi Nottingham yang dibanjiri penduduk Malaysia ditambah pula sememangnya saya kurang mengenali kaum Adam yang wujud di sana. Saya tidak familiar dengan nama yang dinyatakan.
Sehinggalah gambar di atas ditunjukkan di blog seorang junior. Allahuakbar, beliaukah orangnya. Muka yang lazim dilihat ketika majlis-majlis ilmu di Nottingham (bukan sekodeng, majlis umum ok). Tidak pernah saya tahu namanya sehinggalah ke saat ini.
Berita kematian beliau cukup mengejutkan. Tatkala ramai kenalan melansungkan perkahwinan (lebih-lebih lagi ketika musim cuti persekolahan), Allahyarham dijemput ilahi sejurus selepas majlis akad nikah. Satu peringatan yang berbeza buat kita yang bakal menyusul entah bila.
Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Juga roh ibu dan bapanya. Buat keluarga terutama sekali buat isteri tercinta, ukhti Teh Hafifah, salam takziah. Moga Allah kurniakan segunung kesabaran serta selaut keredhaan. Allah lebih menyayanginya.
Wallahu`alam.
ps- Teringat kisah Handzalah yang syahid di medan perang selepas hari pernikahannya.
ps- Sudah ramai yang sebaya pergi meninggalkan dunia. Mati tidak mengenal tua atau muda. Sakit atau sihat.
ZaffanKhalid
12 Disember 2009

seorang anak muda yang punya matlamat dan perancangan hidup yang jelas untuk agama dan negara.
Belajar, berkeluarga dan berbakti untuk agama dan negara. Tapi perancangan ALLAH mengatasi segala perancangan manusia.
Peringatan untuk kita semua tak kira usia, gunakanlah sedikit waktu yang ada ini untuk memberi sumbangan untuk agama dengan cara kita yang berbeza.
Alfatihah untuk Allahyarham.semoga rohnya bersama orang-orang yang soleh.
salam zaffan
akak mintak izin amek link zaffan yer utk share kt blog akak..
tq..
alFatihah buat yang terlibat…
-k elly-
Salam, Zaffan..
Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya jua kita akan kembali. Takziah buat keluarga Almarhum terutama isteri yang baru sahaja dinikahinya.
Kak Ina dan Ustaz menerima sms dari Firdaus tentang kejadian menyayat hati ini.
Semoga Almarhum, ibu bapa dan teman yang turut ‘pergi’ bersamanya ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh, ameen.
Salam, kak zaffan..
btul2, saya pun teringat kisah Handzalah.. masyaAllah. semoga arwah termasuk dlm golongan yg dicintaiNya juga~
[…] http://zaffankhalid.iluvislam.com/?p=307 […]
“bukan sekodeng, majlis umum ok”
Kelakar pulap ayak diatas.Moga Arwah Arep diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman.Menjadi teladan pada yg masih hidup
Berita di media massa di ulang-ulang rupanya. Sedih dan hiba pun ada. Moga mesej untuk berkongsi kedukaan diterima baik, bukan sekadar membaca kisah tragis dan berlalu pergi.
wallahu`alam
bismillah….
berita yg menyayat hati yg mmbuatkan bulu roma sy brdiri tegak krna tkejut mndgr berita trsebut..itulh ujian ALLAH kpd hmba yg dsayangiNYA…moga isteri arwah sntiasa bsabr dn reda dgn ktentuan ILAHI…AMEEN..Al fatihah utk Allahyarham..semoga roh mereka brsama org2 yg soleh….
Add A Comment