Zaffan Khalid

Kehidupan Adalah Satu Perjalanan, Perjalanan Seorang Hamba

Subscribe to Zaffan Khalid

Jom Upgrade: Positive Energy

Saya mengalami hujung minggu yang menakjubkan!

Dongeng lagi fantasi?

Jangan silap sangka. Terdapat juga kesusahan serta cabaran yang berlaku. Lumrah kehidupan, tiada yang sempurna dengan hanya kesenangan tanpa kesusahan. Namun, saya cuba positifkan segalanya. Susah atau senang, semuanya kebaikan! Bila penat atau sukar, senyum dan banyakkan zikir.

Saya percaya untuk hidup bebas tanpa sekatan, jadilah diri sendiri. Untuk menjadi diri sendiri, syarat pertama adalah dengan mengenali diri. Cukup kenalkah kita dengan diri masing-masing? Selalu kita berborak dengan diri masing-masing untuk kenali diri? Bonus menjadi diri sendiri adalah`style` tersendiri. Bukankah Allah telah ciptakan setiap manusia itu dengan cap ibu jari yang berbeza-beza, maka batang tubuh individu yang memiliki jadi itu juga mempunyai kehebatan yang tersendiri. Mengapa, tidak percaya?

Malu untuk merasa diri hebat? Segan untuk merasakan pengalaman yang dilalui indah? Mengapa tidak? Bukannya segala perasaan itu untuk dibanggakan dengan dihebahkan pada khalayak. Jangan berfikiran negatif!  Elakkan perasaan itu menimbulkan riak tetapi cambahkan perasaan itu untuk menikmati kuniaan Allah agar lebih bersyukur, jauh dari kufur. Biarlah perasaan itu mekar untuk dihayati dalam hati agar lebih mensyukuri. Jika bukan diri sendiri hendak merasakan diri hebat, siapa lagi? Jika bukan diri sendiri hendak merasai pengalaman hidup yang dilalui itu indah, siapa lagi? Percayalah bahawa setiap daripada kita punya kekuatan yang berbeza untuk terus menyumbang. Percayalah setiap daripada kita punya pengalaman yang semuanya indah untuk terus dikongsikan bersama. Jangan jadi insan yang mengaku hamba tetapi tidak bersyukur.

Jadi, apa yang saya lakukan sepanjang hujung minggu lepas?

Perjalanan yang bermula dengan melihat keindahan peranan saya sebagai salah seorang ahli keluarga Tuan Haji Khalid dan Puan Hajjah Zaliha. Keputusan untuk tidak memulakan kerja tetap lagi, membuka peluang seluas-luasnya untuk saya memanfaatkan peluang sebaik mungkin dengan keluarga. Everything has price to pay although I am not paid. Hehe. Apa pun, bayaran itu dalam pelbagai bentuk bukan? Apa yang diniatkan mula menunjukkan sesuatu. In fact, since the day one I decided, the beautiful and sweet end was stucked in my mind. Antara yang saya rasakan sekarang, niat untuk memberi sebanyak-banyaknya membuatkan I feel good ! Alhamdulillah! What you give you get back.  Realitinya, keluarga bahagia yang saya idamkan masih sedang diusahakan. Tatkala berusaha pun saya sudah rasa bahagia, apatah lagi apabila keluarga bahagia ini bertemu di syurga kelak. Yeay! Saya sedang berusaha menujunya. InsyaAllah.

Beberapa program serta pertemuan yang indah semasa hujung minggu. Menariknya, saya merasakan diri ini ibarat sponge (bukan spongebob), sepanjang masa. Sponge style ZaffanKhalid.

Kehadiran ke Kuala Lumpur pada kali ini dihiasi dengan sesi update cerita oleh tuan rumah tempat saya singgah membawa rahmat. Bukan cerita biasa, cerita dari mulut seorang jurutera Petronas juga cerita dari seorang penganalisa pelaburan PNB. Pengalaman mereka mengujakan. Pengalaman bekerja dari kaca mata wanita yang belum berumahtangga. Saya semakin mengenali dan memahami tuan rumah yang baik hati ini. Saya juga dapat mengesan sesuatu, cik jurutera Petronas mula membenarkan saya melihat warna dirinya yang sebenar. Teruskan cik jurutera, terlalu banyak potensi dalam diri anda!

Kemudian, saya menyerap pelbagai maklumat semasa menjadi guest untuk English Playshop for Ladies yang bombastic yang berlansung sepanjang hari Sabtu. Maklumat tentang motivasi, tentang ibu dan isteri, tentang networking and business. Ternyata, sponge mempunyai kapasiti serapan yang baik. Teruja!

Hari Ahad pula dimulakan dengan sesi mesyuarat pertama dengan NGO, yang dihadiri oleh golongan eksekutif. Kuasa menyerap saya semakin menjadi-jadi melihatkan bagaimana insan-insan yang berlainan latar belakang serta pendapat ini bersinergi. Itulah mesyuarat pertama saya, banyak yang saya belajar, saya lihat dan saya dengar! Veni, vedi, vincci, I can feel it!

Petang Ahad saya bertemu teman lama. Teman yang pernah membakar semangat. Teman yang banyak menolong. Teman yang mewarnai hidup saya sehinggalah saya menjadi diri saya sekarang. Menariknya kami berdua lulusan seni bina. Lulusan luar dan dalam negara. Bayangkan apabila dua insan yang berbeza tapi punya persamaan ini bersinergi. Borak-borak tidak henti. Kakak penjual yang dudukmelangok di gerai tidak jauh dari tempat kami bercerita pun asyik melihatkan kami berdiskusi. Hope you get something kakak!

Petang Ahad juga saya bertemu dengan sebuah keluarga. Keluarga yang bakal menjadi saudara saya. Semua orang Islam bersaudara kan? Keluarga yang membuatkan saya rindu untuk segera balik rumah dan menamatkan hujung minggu. Terlalu banyak yang saya belajar daripada sweet and lovely people in the family.

Setiap serapan yang berlaku semasa hujung minggu ini akan saya muntahkan. Berikan saya masa untuk mengatur dan merancang. Biar muntah jadi manfaat! InsyaAllah

It is time to be different, as we were born with different fingerprints!

Terima kasih Ya Allah, terima kasih hamba-hamba Allah.

  1. Kak Nisha Said,

    Assalamualaikum semua,
    Terima kasih Zaffan, akak dapat belajar sesuatu dari seorang anak muda yang bersemangat waja.

    wassalam.

  2. admin Said,

    Waalaikumsalam wbt

    Terima kasih Kak Nisha atas ucapan salam itu =D

    Lovely Kak Nisha, marilah kita belajar daripada satu sama lain. Saya belajar banyak perkara daripada pengalaman IbuMithali. Mesej saya pula boleh dikongsikan untuk akak dan semua.

    InsyaAllah, teruskan berdoa IbuMithali, for a better future insyaAllah =D

Add A Comment