Zaffan Khalid

Kehidupan Adalah Satu Perjalanan, Perjalanan Seorang Hamba

Subscribe to Zaffan Khalid

Softskills: Dinasour And The Road Not Taken

Anak dinasour sudah meningkat dewasa. Bapanya merasakan, tibalah masanya untuk menguji keupayaan anak dinasour supaya mampu menjadi pemimpin kelak.

Beberapa siri ujian telah dirancang. Anak dinasour telah berjaya melepasi kesemua ujian tersebut dengan baik sekali. Cemerlang!

Kini, tibalah  masanya untuk ujian terakhir.

“Kamu perlu menyeberangi kawasan paya yang mendidih ini”, bapa dinasour memberikan penerangan.

“Biar betul pak? Paya ini luas lagi mendidih”, anak dinasour seperti tidak percaya.

“Kamu fikirkanlah untuk lulus ujian ini”, selamba bapa dinasour membalas.

Resah dan gelisahlah hati anak dinasour. Andai dia gagal ujian ini, bermakna dia tidak layak untuk menjadi pemimpin. Bermacam-macam idea difikirkannya. Namun, kesemua menemui jalan buntu.

“Maaf pak, saya tidak dapat menyelesaikan ujian akhir ini. Menyeberangi paya yang mendidih ini adalah mustahil”, anak dinasour membuat keputusan.

“Tahniah nak, kamu lulus ujian akhir”, senyum bapa dinasour.

Terpinga-pinga anak dinasour tidak memahami.

“Lulus? Bukankah saya gagal menyelesaikan ujian ini?”.

“Ujian akhir ini ialah ujian membuat pertimbangan. Kamu bukan menyerah kalah kerana tidak menyelesaikan tugasan, tetapi kamu telah membuat pertimbangan yang baik dalam membuat keputusan. Menyeberangi paya yang mendidih adalah sesuatu yang tidak rasional”, terang bapa dinasour.

“Fahamlah saya. Terima kasih pak”.

“Sama-sama. Nak, sekalipun kamu gagal kesemua ujian menjadi seorang pemimpin, jangan bersedih, kerana I still love you“, bapa dinasour memandang tepat mata anaknya.

Bapa dan anak dinasour berpelukan dan mereka pulang bertemu dinasour-dinasour lain untuk mengkhabarkan berita gembira.

ps- Sukar bukan untuk membuat keputusan? How many the road not taken in our life? Such big decisions to be made.

  1. lili Said,

    dinasour mendidik anaknya=rushdina mendidik anaknya

Add A Comment