Tips: Babysitter Pak Din dan Kak Za
“Jujurnya akak tak banyak ilmu”.
Bukanlah Kak As seorang yang tidak berpendidikan tinggi, mungkin merasakan dirinya tidaklah menghafal teori yang pelbagai dalam mendidik anak-anak kecil.
“Akak buat mana yang rasa perlu”.
“Contohnya apa ya kak?”, saya berminat tentang praktikalnya.
“Kami adakan sesi tazkirah oleh anak-anak, latih anak-anak untuk ekspresi diri. Kadangkala akak adakan pertandingan bercerita buat yang Husna dan Najwa. Ketika makan, kami amalkan makan berjamaah, makan dalam talam”.
Cukup ringkas tapi penuh kebersamaan. Saya kira, satu didikan melalui gerak hati seorang ibu berserta common sense. Begitulah perkongsian Kak As dalam caranya mendidik anak-anak.
Pengalaman Babysitter
“Kak Za dan Pak Din pergilah ke Dublin bersama-sama. InsyaAllah saya boleh menjaga budak-budak”, penuh yakin saya menawarkan.
Pak Din dan Kak Za banyak membantu saya dan rakan-rakan ketika kami di Nottingham. Jika hendak dihitung, tidak mampu kami membalasnya. Maka, saya berbesar hati untuk melakukan sesuatu yang boleh dikenang dikemudian hari. Justeru tawaran diberikan tanpa ragu-ragu. Alhamdulillah, mereka bersetuju.
Selain memberi ruang kepada mereka untuk bersama-sama atas urusan belajar, saya turut dapat menimba pengalaman menjaga kanak-kanak. Walaupun ini merupakan pengalaman pertama, anak-anak Pak Din dan Kak Za banyak memberikan kerjasama. Berkat didikan ibu bapa mereka juga.
Iman selaku kakak sulung banyak memainkan peranan. Dirinya sudah dilatih untuk menguruskan adik-adik ketika ibu bapa bekerja. Bibah dan Zahra pula gemar melakukan aktiviti masing-masing. Tinggallah Ijah dan Hasif yang sentiasa berkepit dengan saya. Mencabar juga menjaga anak-anak yang berlainan usianya.
Memandangkan masa banyak dihabiskan melayan Ijah dan Hasif, sekali-sekala saya luangkan masa berborak dengan Iman, Bibah dan Zahra. Jika Ijah dan Hasif suka dan mudah diajak bermain dan bercerita, mengajak kakak-kakak mereka berborak sedikit berbeza. Perlu pandai membentuk soalan memulakan bicara. Selalunya topik perbincangan berkisar konflik rakan sebaya ataupun tentang minat.

The Actress-Ijah, The Cook-Bibah, The Kak Long-Iman, The Journalist-Zahra.
Mempraktikkan Kaedah
Perkongsian Kak As cuba saya manfaatkan ketika menjadi babysitter.
“Kita makan dulang nak tak?”, saya bertanya dahulu meminta persetujuan serta pendapat.
“Boleh aja”, tiada bantahan daripada siapa-siapa.
Lunch tengah hari pertama kami berenam makan satu dulang bersama-sama. Ternyata menyeronokkan. Membuatkan anak-anak berselera dan bersemangat. Saya yang memasak juga seronok melihatkan satu persatu suapan singgah dimulut. Nasi bertambah. Tiada pembaziran.
Ketika waktu makan malam tiba, saya bertanya sekali lagi. Maklumlah, sesuatu yang bukan tradisi, perlu pandai menyesuaikannya. Demokrasi. Hehe.
“Nak makan dalam pinggan ataupun dalam dulang seperti tengahari tadi?”.
“Makan dulanglah”.
Bukan sahaja kerja menjadi mudah kerana tiada yang tercicir tidak makan, apa yang lebih penting, mereka sendiri kelihatan gembira.
Kejujuran Kanak-Kanak
“Sakit perut Ijah. Makan banyak sangat”, Ijah luahkan.
“Sedap nasi lemak akak masak”, sambungnya lagi.
Terkedu saya mendengarkannya. Pujian dari seorang anak kecil mengujakan saya. Anak kecil suci. Anak kecil jujur!
“Akak hanya masak nasi dan rebus telur sahaja. Sambal itu dimodified daripada lebihan ayam masah merah ayah kamu sebenarnya!”, bisik saya didalam hati. Tidak perlu menyerabutkan kepala Ijah dengan statement ini.
“Terima kasih Ijah”, saya membalas pujiannya dengan senyuman. Segala pujian kita pulangkan pada yang Maha Terpuji, Allah swt.
Sesi Bercerita
“I want to tell you a story”, saya nyatakan pada Ijah.
Saya terdiam beberapa ketika. Berkerut dahi memikirkan. Alamak, macamana nak reka cerita ye? Cerita Sang Kancil ingat-ingat lupa!
“Biar Ijah tell you a story Kak Zaf”, Ijah menawarkan.
Malu! Begitulah kanak-kanak. Mereka kreatif. Mereka berfikir mudah. Simple!
Cerita Ijah tentang dinasour. Sekawan dinasour yang cukup menarik.

Ijah tetap ayu walau dicat mukanya! I believe every child is special.
Jelaslah orang dewasa selalu berfikir complicated. Permudahkan! Semudah kanak-kanak berkata-kata. Sekreatif kanak-kanak bercerita.
Peristiwa ini memberikan inspirasi bahawa saya perlu belajar mendekati kanak-kanak. Skill berbual dengan mereka. Skill menarik perhatian mereka. Skill bercerita! Kanak-kanak aset ketamadunan. Kadangkala keletihan dan stress orang dewasa membuatkan mereka menjadi mangsa. Na`udzubillah.

Add A Comment