Jaulah: Topik Bait Muslim Tidak Lari
Saat saya menulis entri ini, saya masih lagi di Istanbul, Turki. Kembara kali ini bukanlah menjejakkan kaki di setiap pelosok bumi Turki, hanya Bursa dan Istanbul yang sempat saya lawati. Alhamdulillah. Kembara dimulakan di Bursa dan bakal diakhiri Istanbul satu kombinasi menarik menawarkan pengalaman tersendiri.
Permusafiran yang masih berbaki 2 hari lagi cukup bermakna. Terlalu banyak yang dilalui untuk memaknakan kembara di bumi Turki pada kali ini. Terlalu banyak. Alhamdulillah, Allah sahaja yang memungkinkan segalanya.
I Doubt, I Think, I Am
Tatkala kaki menapak di tanah Bursa, ibu negara pertama Turki Uthmaniyyah, hati saya ragu-ragu. Saya menyoal diri, untuk apa kembara kali ini. Apa yang diri ini cari?
Hadis Umara` atau dikenali juga sebagai hadis huzaifah berlegar-legar dalam kepala saya.
Dari Nukman bin Basyir, katanya ‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.Datanglah Abu Saklabah lalu berkata ” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’
Huzaifah RA lalu segera menjawab.” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti yg Dia kehendaki.”
Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.
Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (malikun a’adhun) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.
Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman (malikun jabbar) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.
Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
Kemudian Rasulullah SAW pun diam.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5.
Ya, Turki Uthmaniyyah ditafsirkan oleh para ulama` sebagai zaman malikun `adhun. Namun, apa signifikasi permusafiran saya dengan hadis ini. Apa?
Ya, Allah. Aku hadir di bumi Turki, tanah yang pernah menyaksikan zaman malikun `adhun seperti yang Engkau janjikan dalam Sabdanya Rasulullah. Apa yang dijanjikan, telahpun berlalu. Apa yang dijanjikan benar-benar BERLAKU. Pasti! Moga Jaulah ini menambahkan lagi keimanan kepadaMu. Moga penyaksikan peninggalan zaman malikun `adhun ini menambahkan lagi keyakinan menuju khilafah seperti yang dijanjikan.
Tahun lepas saya berkesempatan ke bumi Andalusia menyaksikan peninggalan khilafah Abasiyyah tatkala dihujung pemerintahannya. Hanya khilafah umaiyyah yang belum berkesempatan saya saksikan dan jejak buminya. Satu hari nanti insyaAllah.
Dalam pencarian ini, Allah takdirkan pelbagai pengalaman yang cukup berharga. Pengalaman yang tidak akan dapat saya kutip andai hanya menonton video di depan komputer. Pengalaman yang tidak saya kutip andai hanya menghadap buku untuk dibaca. Pengalaman yang dikutip melalui ransangan semua deria. Saya melihat bangunan-bangunan serta tanah yang menjadi saksi. Saya mendengar suara hati orang Turki. Saya menyentuh dengan tangan tinggalan bangunan yang wujud sehingga kini. Saya membayangkan, apalah agaknya yang akan diluahkan oleh bangunan yang menjadi saksi andai mereka mampu berbicara. Saya cuba merasa, cuba membayangkan setiap peristiwa.
Believe It Or Not?
“I am Aisha. I am English teacher and this is my husband. He is Turkish teacher. We are like dictionary”, tegur seorang guru muda di luar Haghia Sophia.
“Do you believe in Islamic Reunion”, soalan mengejutkan saya.
“Khilafah?” saya menguji.
“Yes. Khilafah. Young people in Turkey believe in that. How about in Malaysia?” Aisha menyambung perbualan.
Anak Muda Turki
“Do you speak English?” seorang anak muda 11 tahun menegur penuh semangat untuk membantu.
” Yes. Where can we get bus to city?”
“Come, I show you,” baru 11 tahun, tapi penuh keyakinan.
Lalu 50 pence dikeluarkan. Bukan sebagai upah, tetapi tanda kenangan dari UK untuk adik ini. Saya kagum dengan keyakinan dia berbahasa Inggeris. Saya kagum dengan semangat dia membantu. MasyaAllah.
“Oh, No. No”. Dia menolak. Tidak mengharapkan apa-apa balasan atas bantuan diberi.
“No, this is our gift to you. From UK.”, kami cuba menerangkan tentang 50 pence.
“Oh, Elizabeth! Thank you very much”,
Di bandar semasa menunggu bas kami bertemu Murad pula. Baru berusia 13 tahun.
“Where are you going?” menguji Murad yang kelihatan malu-malu berbanding yang sebelumnya.
“Visit my sister”, menggunakan bahasa badan untuk menerangkan.
“Who is this,” kami bertanya padanya lagi tentang seorang wanita berpangkat ibu yang bersama-samanya.
Murad memeluk wanita itu lalu mengucapkan ” This is my mother”.
Allah. Allah. Sungguh sweet. Sungguh!
Women At Home
“Where is you wife?” Wan Diana menyoal Yunus Bey seorang businessman carpet dan kilim yang kami temui di Bursa.
“This is my office, not my home”, Yunus Bey bijak menjawab.
“Women should stay at home. I am the one who go out ang find the money to give everything that family needs . So, when I come back, my wife needs to make sure everything is ready at home. This is my opinion. You can say if I am wrong”, ayah beranak empat lelaki meluahkan pendapat.
Perbualan ini membawa kepada soal poligami yang pernah diharamkan oleh Mustafa Kamal. Suprisingly, poligami masih diharamkan oleh undang-undang Turki.
“Poligamy is still illegal. What about divorce rate in Turkey?” saya menyoal.
Take Off Or Leave
Cantik pintu gerbang Istanbul Universiti. Tapi sayang kerana tempat yang meletakkan ilmu sebagai asasnya melanggar sendiri prinsip ilmu.
“Can we visit the university”, soal Wan Diana kepada penjaga pintu.
“Today is closed. You can come tomorrow. But sorry to say, you have to take off your scarf”, penjaga pintu serba salah untuk memberitahu kepada kami yang berhijab ini.
Saya sudah menjangka.
Wan Diana sedikit terkejut.
Saudara Baru Memeluk Islam
Ingin pergi ke Spice Bazar selepas solat Maghrib di Blue Mosque. Lalu mencari-cari pelancong untuk ditanyakan dalam bahasa Inggeris.
“Selamat pagi”, Ali berbangsa Perancis mengucapkan penuh fasih kepada Wan Diana.
“Saya belajar Cina peranakan (baba nyonya) di Perancis. Saya pernah ke Malaysia selama dua minggu untuk menyiapkan tesis.” Ali menerangkan.
“Saya baru memeluk Islam. Baru 5 tahun. Nama saya Ali”. Allah, Allah!
Banyak yang dibicarakan.
“How do you feel before and after you embrace Islam?” saya teruja untuk berkongsi rasa.
“I have two feelings. Zahir dan batin”, Ali mula menerangkan.
Azan Is Strong
“Can I enter the Blue Mosque?” tanya Elena yang berbangsa kacukan Perancis dan Sepanyol , salah seorang roomate di hostel yang tiba lewat dari kami
“Yes, you can. Come with us during Maghrib prayer”, kami menawarkan.
“I continue talking to you about Islam after the Azan”, Wan Diana menceritakan kembali saat-saat dia berbual bersama Elena. Elena yang dikenali ini belum beragama.
” The azan has a strong power”, Elena ucapkan penuh jujur. Pertama kali dia mendengar perkataan azan. Pertama kali dia mendengar Azan dilaungkan. Bulu roma Elena naik tatkala Azan dilaungkan. Wan Diana saksikan. Wan Diana pastikan.
Allah. Allah!
Berkahwin Dengan Bangsa Turki?
” My brother used to study in Syria. That is why he knows English and Arabic”, tuan punya kedai barang-barang agama mempromosi adik sendiri. Saya kurang faham pada awalnya kerana dia berbahasa Arab. Wan Diana yang mampu berbahasa Arab qolil, sudah tidak senang berdiri.
Kami terpisat-pisat. Ingin bertanya jalan, lain pula topik perbualan. Jodoh saya yang tidak dapat lari dengan topik baitul muslimkah? Namun, perhatian bukan pada saya. Saya tidak boleh berbual dalam bahasa Arab.
” We like Malaysian woman. They are nice” sambung tuan punya kedai lagi.
Cepat lari! Wan Diana menarik tangan saya.
Peristiwa Mengajar
Terlalu banyak lagi yang dilalui. Suka dan duka. Gelak dan tangisan air mata. Ya, menangis di bumi Turki! Itulah rencah kembara Turki pada kali ini. Kembara Turki yang masih berbaki.
Di atas hanyalah beberapa peristiwa sebagai intro. Peristiwa dalam pengetahuan saya yang cukup terhad. Semuanya dalam perancangan Allah. Semuanya dalam pengetahuanNya. Banyak hikmah untuk dimuhasabahkan.

Alhamdulillah Zaffan..banyak yang zaffan dapat..gunakan pengalaman sebaiknya…kongsikan dan interpretasikan agar jadi pengajaran..
kembara…dan terus kembara…menyelami, menyentuhi, merasai.dan menghargai setiap detik dengan rasa syukur atas segala nikmat dan peluang yang diberikanNya……
menanti ceritera…hikmah perjalanan kalian..buat renungan diri ini….insyaAllah..
P/s: maaf sbb x dpt menghubungkan kalian dgn siti…(huhu adikku yg sendirian berkalana di bumi istanbul)
teruskan mengembara mencari pengalaman baru.. salam dari penuntut di bumi dublin.. blog hopping..
salam wbt zaffan… harus tu zaf cerita lg, akbil ke etc2… hii..sy proofread je k, xde blog nk cerite..hehe
Sy dh selamat sampai, nk pg amik result nih…doakan…
p.s nway, sedikit/little is qolil,bukan khalil..typo tuh… start to miss those moments…
assalammualaikum wrt wbt
zaffan,,,akak baca dengan cermat entry ni,,, sangat menarik
dan gelak pun pecah tatkala mata singgah pada tajuk baitul muslim,,,
agak2nya muka diana pucat tak masa tu?
ada adegan lari lagi,,,!
ok zaffan,,,semoga terus istiqamah dalam perjuangan,,,doakan bersama ya!
akak lagi setahun pengajian,,,saat diri menjadi abdi ilmu dan amal insyaAllah akan kembali padat…
Add A Comment