Cinta: Jodoh Itu Rahsia
“Saya pergi sini, orang bicara tentang kahwin. Pergi sana, tentang kahwin lagi. Kawan-kawan baik saya semua sudah berkahwin. Peer pressure!” Jujur Khairunnisa nyatakan. Walaupun penuh emosi, namun hanya luahan perasaan tanpa kesesalan.
“Ya, jangan risau. Saat penantian kita adalah pencarian diri. Orang boleh cakap kita akan kahwin awal, doktor sukar nak cari jodoh dan sebagainya. Takulan manusia tidak tepat. Hanya Allah tahu bila kita bersedia. Lambat atau awal itu rezeki. Jodoh.” Pendapat diluahkan selepas pengamatan pada isu yang sama.
“Yes, wait for the right time, the right person.” Khairunnisa menambah dalam senyuman.
Benar, jodoh itu rahsia Allah. Sungguh penuh debaran menantinya. Benar bukan? Bagi yang sudah bertemu jodoh, perjalanan hidup baru dimulakan. Bagi yang belum bertemu jodoh, gunakanlah kesempatan yang ada untuk mencari diri. Dalam penantian, bina kefahaman tentang konsep jodoh, konsep perkahwinan, konsep manusia itu dijadikan berpasang-pasangan.
Yang Tidak Disangka-sangka
“Itulah, Kak Ina dahulu kurang suka (bukan benci, pengalaman zaman sekolah hehe) pada pelajar sekolah SMAP Labu. Ditakdirkan Allah, akak bertemu jodoh dengan bekas pelajar SMAP Labu.” Tersenyum Kak Ina mengenangkan kisah lampau.
“Ustazah dahulu ditunangkan dengan seorang muslimin pada awalnya. Namun akhirnya, muslimin itu bertemu jodoh dengan seorang wanita yang baru memeluk Islam bagi menyelamatkan akidahnya. Akhirnya ustazah bertemu jodoh dengan suami ustazah sekarang. Memang tidak pernah ustazah sangka.” Ustazah menceritakan pengalaman hidup sebenarnya untuk dikongsi semasa tazkirah selepas Maghrib pada waktu itu.
Mudah sekali kita hendak meng`kenen`kan kawan-kawan kita. Bergosip dan membuat spekulasi di sana sini barangkali. Namun, cakap-cakap seperti ini tidak membawa kemana. Andai benar mahu membantu, maka cadangkanlah melalui kaedah yang sewajarnya. Kaedah taaruf sesama keluarga yang dianjurkan Islam sebagai contoh. Gosip tidak ke mana, spekulasi membuang masa. Jodoh itu rahsia Allah.
Andai ditakdirkan dengan seseorang yang tidak disangka-sangka. Ambillah masa, fikirlah dahulu dan pertimbangkan. Biarpun lama masa diambil untuk membuat keputusan, biarlah penuh keyakinan dan tawakal pada Allah akhirnya. Yakinlah Allah sentiasa memberikan yang terbaik. Masa bertemu jodoh mahupun jodoh itu sendiri.
Tidak Bagi Kahwin Awal?
“Janganlah risau jodoh kamu tidak sampai lagi. Bila emak bersedia nanti, emak doakan banyak-banyak ye. Emak tak sampai hati nak berpisah dengan kamu. Emak belum bersedia lagi. “ Ema ungkap kembali bicara hati seorang ibu.
Anak-anak, ibu sayu melepaskan kamu.
Wanita ditakdirkan penuh emosi. Andai ayah amat mudah memberikan `greenlight` buat anak-anaknya mendirikan rumahtangga. Namun hal ini sedikit berbeza dipamerkan oleh kaum ibu. Ibu yang memang zahirnya penuh emosi punya ikatan hati yang amat kuat dengan anak-anaknya. Membawa kita selama sembilan bulan didalam kandungan sudah cukup jelas menggambarkan bagaimana emosi yang kuat boleh terbentuk. Emosi inilah menjadikan mereka cukup bersabar dan gagah walaupun fizikilnya lemah berbanding lelaki.
Bayangkan, rata-rata dikalangan kita pada hari ini bersekolah asrama sejak tingkatan satu. Kemudian melangkah ke matrikulasi atau kolej dan terus ke universiti. Dihitung-hitung, berapa sangatlah masa yang sempat kita luangkan bersama mereka. Belum ditolak masa-masa bersama yang tidak berkualiti.
Andai anak-anak meminta untuk berkahwin awal tidak dipersetujui oleh ibu terutamanya, pause dahulu. Jangan mudah melatah menyalahkan ibu. Fahamilah, ibu itu tidak pernah ada udang di sebalik batu. Tidak pernah cemburu pada anaknya sendiri. Namun halangan bersifat sementara ini hanyalah kerana masih mahu bersama anak-anaknya buat seketika.
Tangguhlah dahulu kerana emak belum puas mendidik dan memberikan kasih sayang pada kamu.
Hal ini lebih terkesan buat anak perempuan. Apabila sudah bernikah kelak, segala ketaatan adalah pada suaminya. Walaupun masih merupakan seorang anak buat kedua ibu bapanya, namun sudah menjadi lumrah bahawa anak yang menjadi isteri orang tidak lagi sama seperti dahulu. Berbeza.
Andai ibu bapa meminta ditangguhkan seketika. Muhasabah kembali. Samaada kita masih belum bersedia. Kita perlu lebih banyak luangkan masa dan raikan ibu bapa. Atau apa sahaja alasannya, bersabarlah dan laluilah dengan ikhlas. Pujuklah hati mereka dengan penuh lemah lembut serta kesabaran. Pasti akhirnya Allah permudahkan.
Ayat-Ayat Cinta
Walaupun kaedah lakonan filem ini tidak saya persetujui, namun saya tidak nafikan, dialog-dialognya memberikan kesan. Hasil adaptasi dari buku yang cukup bagus saya kira. Hayati bait-bait dialog di dalam filem ini. Moga bertemu konsep jodoh, menambah kefahaman tentang CINTA.
Jodoh itu rahsia Allah.
Perkahwinan itu satu permulaan untuk babak-babak seterusnya dalam kehidupan.
CINTA itu perjuangan. Perlu diusahakan, ada rintangan
Bertemu jodoh, jodoh itu bukan milik kita. Jodoh itu milik Allah. Maka letakkan ianya di dalam kawalan. Bukan mengikut hati dan perasaan.
Selamat berkelana dalam penantian yang membuahkan pencarian diri bagi mengejar jodoh hakiki.

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Surah ke 36. Ayat ke 36.

Surah Asy-Syuura
اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ وَهُوَ الْقَوِيُّ العَزِيزُ
[19] Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Thanks for this entry adik.. Semoga dipermudahkan dan dipertemukan jodoh yang baik dan dapat membimbing kita ke jalan yang diredhai Allah..Amin..
(Doa untuk diri sendiri dan sewaktu dengannya..)
Assalamualaikum wbt
Betapa indahnya hidup kerana Allah menetukan segalanya rahsia, bukan hanya jodoh namun saat seterusnya jua tiada dalam pengetahuan hamba-hambaNYA.Maka manusia hidup dalam keadaan sentiasa berusaha. InsyaAllah, keyakinan kepada ketentuanNYA membawa kepada tawakal dan merasai indahnya redha. Allah tidak akan pernah menzalimi hamba-hambaNYA.Yakinlah segalanya telah ditentukan masanya dan akan terlaksana pada masa yang terbaik.
Zaffan,di mana jua saya pergi memang asyik cakap pasal kahwin,sini pun
maknanya,memang sudah tiba masa diri yang makin tua ni memikirkannya, betul tak ken?hehe.
assalamualaikum…akak..thnx untuk post ni..betul..tersedar n termalu sendiri.diri ini sering berharap bertemu jodoh awal,namun rasanya Allah belum izinkan sebab nak suruh baiki diri lagi..n memang betul apa yang akak cakap..mak susah nak lepas awal..tambah2 saya sering berjauhan.perjalanan masih panjang,namun tetap mohon padaNya agar dipermudah n deberikan yg terbaik buat kita.Tapi,andai cepat itu baik,moga selamat segalanya,jika lambat itu lagi bagus,moga diberi kesabaran buat diri n tawakal yang tinggi.
saya pun tgh mengejar sorg gadis yg dah 4 tahun saya betul2 idammkan. saya tak tau la. Saya terpikat kat dia sebab saya rasa bila tengok dia saya rasa mcm future dia ngan saya. Makin lama tgk seolah2 dia bakal jadi part in my family. Sampai timbul rasa saya jatuh hati kat dia. Saya sedang dalam perancangan untuk mencari duit sebanyak mungkin, belajar banyak lg tentang cara-cara mengaji(walaupun dah khatam), hukum2 dalam islam, supaya bila ALLAH izinkan saya kahwin dengan dia nanti, leh la saya ajar dia everything hukum2 islam. Sampaila dia suka mengaji and pakai tudung. itu impian saya. Nak bawak dia balik ke kampung halaman kita di Syurga. Dan bahagia berdua selamanya. Dan nak dia sempurna dan suci bila menghadap ALLAH yg tercinta nanti. (=
walaupun saspen, tapi pasti tersenyum bahagia akhirnya. sebab setiap saspen dan kejutan Tuhan, walau apa jua sekali pun, adalah hadiah/anugerah yang paling istimewa buat hambaNya yang yakin.
-yg tumpang tersenyum juga-
=)
Kak Siti > Amiinnnn
Lailatulema > Saya kagum dengan semangat kamu. Kejar pelangi sampai hujung dunia!!
Aziella > Benar-benar, sentiasa muhasabah kembali. Kita doa, bukan Allah tidak makbulkan. Tapi Allah jawab dalam pelbagai bentuk. Bicara Allah yang perlu kita singkap.
Dalie > Semoga Allah permudahkan urusan kamu. Walau sudah jatuh hati, hanya cinta Allah di hati, cinta manusia dalam kawalan diri.
Deyna > Teruskan tersenyum manis. Senyum itu sedekah. Saspen buat kamu
setuju dengan kak ema dan kak deyna.hehe.
Salam wbt
Lame sgt sakit xberpeluang jelajah blog sahabat2…. khairunnisa ema..tertangkap nama2 sahabat2 sy di situ..hehe
Apa pn sahabat, jln kehidupan tulisan Allah. Baik urusan jodoh,studies, kerja atau sebagainya. Mmg kebergantungan hanya kpdNya. Cuma kadang2, dlm usia seperti kita ini, dlm ‘peer pressure’ yg dikatakan, isu kawin seakan2 gelombang biru ( ke hijau ? =p ) yang menggamit persoalan..
Doa2 kan lah sahabat. Smoga perkahwinan yg dikecapi mendekatkan diri kepadaNya. Islah nafsak wad’u ghairok.. InsyaAllah =)
p.s Cepat atau lambat itu aturan Ilahi.. 3 tahun yg lepas berpkkan bahawa plg awal utk berkahwin must be 25, but 28 is nice. But now? Things change according to time, external factors but the most important is how Allah plan it all.. insyaAllah =)
p.s.s Arrhhhhh skema nyer Diey =p
p.s.s.s opsss sy suke juga latest entry psl ikhtilat
wansyaz> setuju sahaja? hehe
diey> syafakillah ukhti! yes, terima kasih berulang kali mengingatkan diri ini tentang perancangan Allah yang sudah tertulis itu, Lalui sahaja drama kehidupan dengan tenang dan bersungguh. The ending is already in the script!
jika awak rancang 25/28…rancangan saya…hurm. Allah jawab doa kita dengan pelbagai cara. Apa yang pasti. Allah jawab dengan yang TERBAIK untuk hambaNya. Kalau bukan 25/28…bila tu Diey? Apa pun,..moga tetap istiqamah.
zaff.. menarik quote tu
“cinta itu perjuangan. ada rintangan, perlu diusahakan”
leen geli sikit guna perkataan cinta, walaupun cinta tu luas ertinya, tapi media hari ini dah menjadikan perkataan tu sedikit disalahertikan. izinkan leen tukar “cinta” kepada “jodoh”, jika bercakap tentang cinta yang berakhir dengan perkahwinan.
bagi yang mencari, berusahalah (jangan pula langsung tidak endah), cuma seperti perkara lain yang kita kejar, jangan overdo. jangan rasa sedih jika masih belum ketemu, dan jangan mudah mengalah pula sekira banyak rintangannya. jika sudah berkahwin pun, masih banyak yang perlu diusahakan untuk pelihara amanah Tuhan, kan? pada leen, orang2 di sekeliling adalah anugerah Allah kepada kita, dan begitu juga sebaliknya. berusahalah menjadi sebaik2 anugerah buat orang2 di sekeliling kita!
hoho dah termasukkan unsur2 kiasan (:
bukan sekadar jodoh, tapi this whole life is a battle.
kita tentukan lorong hidup sendiri (God’s willing). kalau hidup berkisar tentang diri kita cuma, maka itu sahajalah yang kita dapat. tapi jika kita menginfaqkan masa depan kita untuk Tuhan, maka Tuhan lah yang kita dapat nanti, inshaAllah.
diey: daripada 25/28, dah tukar ke 23 ke? lol
zaff: balik lambat summer ni ye? takde kawan nak temani leen nanti ):
Assalamu’alaikum..
salam kenal.. Alhamdulillah setelah membaca artikel ini saya jadi terinspirasi.. Allah pasti beri kita yang terbaik…
salam b’kenalan pada semua….betul kate nana allah pasti akan beri yg terbaik utk kite..

dan mesti ade hikmah atas semunye…
saye juga masih menanti semoga d’pertemukan dngn teman hidup suatu hari nanti..