Zaffan Khalid

Kehidupan Adalah Satu Perjalanan, Perjalanan Seorang Hamba

Subscribe to Zaffan Khalid

Jaulah: Praha, Satu Perasaan

Malam sebelum berangkat, sudah saya siapkan segala keperluan. Bas jam 5 pagi perlu dinaiki untuk sampai ke airport pada masanya. Usai solat saya melelapkan diri. Terfikir juga, mampukah diri ini bangunĀ  seawal jam 4 pagi andai diri hanya dapat direhatkan selama satu setengah jam. Gusar juga. Jam di `set`. Kepala turut memikirkan plan kedua seandainya terlepas bas beberapa minit. Saya lelap dalam tawakal.

Allah yang tidak tidur, jagakanlah hambamu ini.

Apa Yang Milikmu, Pasti Akan Menjadi Milikmu Dan Sebaliknya

Saya tersedar pagi itu. Jam tepat menunjukkan jam 5.40 pagi. Allah. Sungguh tidak sedar jam berbunyi. Membatalkan rancangan bukan satu pilihan. Firyal turut menanggung kos tiket penerbangan kerana tarikh ditukar disaat-saat akhir atas komitmen pelajaran.

Bingkas bangun, mengambil wudhu dan menelefon teksi. Belum sempat menunaikan subuh, teksi tiba. Segera keluar rumah dan meminta pakcik teksi `memecut`.

“We will try to make it”, ujar pakcik teksi memahami.

“InsyaAllah” saya menjawab. Lalu menunaikan solat Subuh di dalam teksi. Usai solat, membaca mathurat, tenang-tenang aja. Andai ada rezeki ke sana, pasti ada juga. Wajah-wajah dan harapan sahabat-sahabat di Praha saya bayangkan satu demi satu. Janganlah dihampakan harapan mereka.

Bukan selalu saya kalut-kalut begini. Namun ada juga sekali sekala atau kerap juga di tahun akhir ini..haish…(pasti ada sahabat yang setuju!) Tidak konsisten barangkali. Hish..perlu perbaiki lagi. Alhamdulillah, akhirnya saya tiba 10 minit sebelum kaunter tiket ditutup.

“Just pay 30 pounds.” Pakcik teksi bermurah hati melihatkan saya kalut mencari wang. Niat asal untuk berjimat `hangus` juga untuk pengangkutan. Alang-alang menyeluk pekasam. Tidak mengapa, cuba kurangkan perbelanjaan dibahagian lain pula.

Setibanya di Praha, disambut oleh Sharifah. Lalu dibawa ke kediaman mereka. Sempat bertemu junior-junior Praha yang semangat-semangat belaka. Moga Allah permudahkan urusan kalian di sana.

Jaulah ke Praha ini adalah proses pencarian diri (berhasil ke? hurm). Namun, sempat saya doa dan niatkan tiga perkara sebelum ke sana. Alhamdulillah, ketiga-tiganya ditakdirkan milik saya. Samada sempurna atau tidak itu dalam pengetahuan Allah. Berjumpa adik-adik dan sahabat di Praha. Bertemu sahabat yang saya tidak akan sempat ke walimah beliau. Selain melihat bumi Allah, saya turut membuat coursework di Praha. Hehe.

Maaf tidak berkesempatan menghadiri walimah. Namun sungai dan Charles Bridge menjadi saksi persahabatan insyaAllah. InsyaAllah kamu akan menjadi isteri solehah, ummi mithali serta perjuang agamanya. Contact selalu Fir!

Buah Tangan Pengerat Ukhuwah

Hari pertama saya duduk di rumah sahaja. Entah, tidak ada mood untuk berjalan. Orang kata rugi, tapi hati rasa mahu berehat. Jika sebelum ini bekerja dan bekerja. Saya mahu rehat seketika di Praha. Ditemani sahabat-sahabat. Tambahan pula, saya faham benar keadaan pelajar-pelajar perubatan di Praha yang sibuk dengan jadual pembelajaran. Peperiksaan dan ujian bersilih ganti. Berat-berat belaka. Cuti kali ini, berduyun-duyun pula tetamu dari UK dan Eire bertandang menumpang berteduh. Tetamu mendatangkan rahmat, namun andai terlalu kerap, pening juga kadangkala. Hehe. Apa pun, moga dirahmati dan pandai-pandailah bertolak ansur antara tuan rumah dan tetamu. Rahmat Allah yang diraih.

Saya tidak membawa apa-apa buah tangan dari bumi UK. Maaf tuan-tuan rumah: Alia, Firyal, Fadhilah dan Adila. Maaf juga buat Syana, Zila dan Mimie Yana yang sempat ziarah saya. Namun, sempat memasak buat mereka. Sambal nasi lemak selama 3 jam itu dan kek coklat harapnya mengenyangkan dan menjadi kenangan buat kalian. Hehe. Moga Allah terima amalan kita.

Yang Menarik Di Praha

Hari kedua Firyal seakan memaksa saya berjalan-jalan melihat Praha. Bimbang andai saya buat perangai seperti hari sebelumnya, liat dan tidak ada mood untuk keluar rumah. Petang itu keluar mengambil angin melalui Charles Bridge. Jambatan lama yang memisahkan antara kawasan Diraja (pemimpin) dan kawasan rakyat. Mengapa wujud pemisahan?

“Saya suka jalan di Charles Bridge pada waktu malam. Entahlah, ada satu perasaan.” Firyal berkata-kata.

Perasaan apa? Pelik. Hish, Cik Firyal ini romantik ke? Tapi layan saja.

“Lain rasanya jalan dengan orang belajar architecture ni”, jujur Firyal menyatakan apa yang dihati.

Yes, memang lain rasanya. Hanya orang yang pernah merasa akan tahu. Hehe. Harapnya memberi pengalaman yang menarik, bukannya SERIK ya Firyal.

Penjiwa seni menarik perhatian saya ketika berjalan di atas Charles Bridge. Seorang `doktor` mampu bersabar dengan minat seorang `arkitek`. Terima kasih melayan Firyal. =)


Sempat ke Jew Museum di Praha. Apa yang menarik? Koleksi lukisan kanak-kanak ketika mereka dalam tahanan Nazi. Mereka dilatih untuk melukis bagi meluahkan perasaan dan berhadapan dengan realiti. Lukisan-lukisan ini dipamerkan. Return to Palestine turut menjadi tema salah satu ruang lukisan. Muslim di Gaza turut punya mimpi yang sama. Tanpa keberanian, mimpi tidak menjadi kenyataan.

Kubur Yahudi yang padat

Satu Perasaan

Sungguh singkat masa berlalu. Tetapi terasa padat. Saat-saat akhir di Praha berlalu dalam penuh sedar. Mungkin kerana berkat solat berjemaah setiap waktu dan makan talam berjemaah bersama. Terasa sungguh ikatan ukhuwah itu.

Hidup berjemaah

Malam itu, Alia dan Firyal menghantar ke airport. Perjalanan menaiki teksi di Praha sungguh adventurous. Hehe. Hati-hati ketika bertemu selekoh. =)

Sempat berbual seketika sebelum masuk ke balai berlepas. Ketika salam perpisahan salam berjumpa lagi diucapkan, Firyal peluk saya erat. Dalam hati, hanya Allah yang tahu. Tidak mahu menangis lagi. Jarang saya berpeluk sampai menitiskan air mata (banyak kali kontrol tidak mahu melankolik hehe). Tetapi bila benar-benar lahir perasaan itu, maka tidak tetanggung lagi.

Buat Firyal, andai berjalan-jalan diwaktu malam di sekitar Charles Bridge itu menimbulkan `satu perasaan` buat kamu, bagi saya, saat bersama kalian, sahabat-sahabat di Praha pada kali ini, `satu perasaan` itu wujud. Entah, sukar untuk digambarkan, tetapi terkesan di hati.

Sehingga Berjumpa Lagi

Terima kasih buat semua. Fadhilah yang mengambil saya. Trio yang memasak makan malam. Priya dan Amy, tuan rumah yang turut menerima kedatangan saya. Syana, Zila dan Mimie yang hanya seketika saya sempat berjumpa. Menziarah kalian di bumi bekas komunis muhasabah kembali buat diri ini. Kesungguhan dalam belajar dan sabar serta ikhlas dengan suasana di sekeliling yang terasa sungguh asing. Bersyukurlah dengan apa yang ada di Nottingham. =)

Sehingga berjumpa lagi, bakal-bakal doktor dari bumi Praha.

Praha dan Satu Perasaan.

Orang kata kita kembar.

Jangan risau Firyal.

Serupa tapi banyak tidak sama. =)

* Catatan Firyal semasa pertemuan ini. KLIK: Apabila doktor bertemu arkitek

  1. UnGu VioLeT Said,

    salam kenal.. salam ziarah…

  2. FiryaL Said,

    assalamualaikum wbt zaff yg dirindui …

    zafff…sepnjang sy membaca coretan awk ni,membuatkn sy rasa sgt terharu dan nk menangis pon ada..

    setiap saat kita bersama semasa di praha mmg takkan sy lupakan…semuanya penuh makna zaff…

    terima kasih sgt atas kedtgn awk ke praha .. walau apa pon rintangan yg awk hadapi sblm nk dtg praha ni…alhamdulillah setiap rintangan itu dilalui dgn pelbagai cara sbb Allah mmg dh tetapkn utk kita bertemu jua di bumi praha ni…terima kasih zaff..terima kasih sgt2..

    alhamdulillah Allah tunaikan niat sy utk bersama dgn shbt2 sy …..

    salam sayang dari jauh
    firyal .. praha

  3. admin Said,

    salam kenal ungu violet

    firyal…………………..=)

  4. syana Said,

    menarik entry zaff..

    btw,zaff buat kek?huhu..nak jugak..mesti alia yang abiskan ni..alia!!ehehehe..

Add A Comment