Zaffan Khalid

Kehidupan Adalah Satu Perjalanan, Perjalanan Seorang Hamba

Subscribe to Zaffan Khalid

Nottingham: Ohanna So Special

Kami berkumpul lagi. Topik kali ini tiada silibus tetap. Namun tetap dikaitkan dengan perbincangan-perbincangan lepas yang dilalui. Semuanya saya lihat tekun mendengar.

” Akak tidak dapat hendak menafikan keadaan kucar-kacir dunia yang sedang berlaku. Sebab itulah akak memilih untuk sama-sama kita borak-borak tentang isu Gaza dan tidak dilupakan isu hangat di tanah air.” Saya memulakan bicara.

Ohanna Raleigh sebanyak dua kali ke program Gaza semasa bulan Januari. Pelbagai fakta dan maklumat diterima. Borak-borak kali ini untuk mendengar pendapat dan luahan hati setiap Ohanna.

Ada yang tekun mendengar. Ada yang petah berbicara peka dengan isu semasa. Ada yang muka penuh semangat tetapi tersimpan dalam diri. Bermacam-macam reaksi.

” Isu Palestin adalah muhasabah buat kita. Adakah kita sudah menjadi Muslim sebenar dalam kita diuji dengan cabaran-cabaran ini. Isu Palestin isu keadilan. Isu di Perak juga isu rakyat inginkan keadilan.” Saya cuba melontarkan pendapat.

Selepas perbincangan tamat. Setiap Ohanna di minta untuk memberikan kesimpulan daripada apa yang
dibicarakan.

  1. Dijah : Saya tidak mahu jadi katak dibawah tempurung lagi.
  2. Yna : Bagi saya, pemimpin dan kuasa amatlah penting. Jika tiada hal ini maka sukar untuk Islam dipelihara.
  3. Nab: Apa-apa pun mestilah Islam sebagai panduan. Memilih pemimpin ka, apa ka, semuanya mestilah berdasarkan Islam. Islam adalah kehidupan kita.
  4. Jiha: Mula nampak isu yang berlaku, jika dahulu tidak ambil tahu sangat. Kini sudah mahu berubah.
  5. Iela : Kita kena ambil tahu isu semasa. Jangan lupa isu yang ada depan mata.
  6. Pain: Kepentingan pemimpin.
  7. Hana: Perlu ambil peluang seperti perbincangan ini untuk dimanfaatkan dengan lebih baik.
  8. Su: (ampun suhaila, akak lupa. Awak akan inform akak kemudian kan? )
  9. Nadiah: Jika ingin memilih pemimpin maka perlulah ada asas. Bukan melihat parti semata-mata.
  10. Anis: Walaupun kerajaan bertukar tangan, namun tidak semua perkara kerajaan dapat kekalkan. Soalan daripada Anis.
  11. Tiqah: Sama-sama improve diri. Jika sebelum ini kurang tahu tentang sejarah, maka banyakkan membaca. Jika tidak tahu tentang isu semasa maka banyakkan membaca lagi.

Selain itu, pertemuan kali ini sungguh istimewa. Special kerana Ohanna memang special. Mereka berusaha menyediakan video khusus untuk Suhaila sempena hari jadinya. Hadiah juga diberikan. Walaupun bukan hari jadi saya, tetapi saya turut rasa terharu (perasan sendiri..huhu). Melihat ukhuwah dan kebersamaan mereka. Saya mampu tersenyum berkongsi kegembiraan. Jika akak pulang nanti, kamu semua pasti elok-elok sahaja di sini insyaAllah. Seperti biasa, proses makan beramai-ramai selepas mengucapkan hari jadi.

Berusrah dengan adik-adik seramai 11 orang. Cabaran yang besar. Menjaga `anak-anak` seramai 11 orang. Pelbagai ragam yang menceriakan. Risau andai perhatian dan kasih sayang tidak seimbang. Namun Ohanna banyak membantu. Saya biasa-biasa sahaja. Namun adik-adik luar biasa ini memberikan kerjasama baik, berlapang dada dan banyak membantu saya. Membantu menceriakan, menerima saya seadanya dan melengkapi hidup saya semasa tahun akhir di Nottingham ini. Sungguh banyak pemberian mereka dan saya harus lebih hebat memberi lagi! Harapnya saya adil dalam berukhuwah dengan kamu semua.

Si pencuri-pencuri hati saya.

Setiap kali bersama Ohanna, saya pasti terkenang adik-adik di Malaysia. Adik kandung yang jarang masa bersama. Rindu pula. Moga Allah memelihara mereka semasa saya bersama-sama dengan adik-adik di sini.

Mereka yang jauh tapi dekat dihati.

Ohanna, Su_Zul menulis tentang diskusi kami lebih lanjut di sini. KLIK. Menyahut cabaran Sis Intan Nadia katanya. Sila KLIK sini. Dua individu yang pantang dicabar ini. Hehe. Bagus-bagus, cabar mencabar untuk kebaikan. Bukan menjatuhkan =)

  1. Mak Intan Said,

    Haha…itula..boleh tahan Meksu ni.Apa-apapun,saya bersyukur kerana ada yang menyahut seruan itu :D Mama Zaf,kim salam sayang sama anak-anak Ohanna ye?Besarkan anak-anak bebaik~

  2. su_zul o-hanna Said,

    ai,senyap2 ckp psl sy ek…ha3..ala,kak zaffan,sy smpi ke sudah x ingt apa yg sy ckp..da cari clue,stil x jumpa..nnt sy usaha lg mncari..tp sy rse,pndapat o-hanna len da ckup kot..rmai leh jd YB ni teman akak kt parlimen.keh3..utk kak intan:well,tgk la anak sape..he3

  3. admin Said,

    intan: mama zaf? hurm…intan awak ok ke? keskeskes

    su_zul o-hanna: akak jadi tukang jaga pintu parlimen pon agak-agak tidak layak. Takut bersemangat sangat geram dengar orang berparlimen kalah budak-budak bergaduh. ( sedap je kan komen orang…isk isk isk..istighfar) Lets hope for better future.

    Akak tak sampai parlimen, biarlah adik-adik akak ni ha yang sampai. Akak support dari belakang! Always and love to be a supporter. InsyaAllah.

Add A Comment