Zaffan Khalid

Kehidupan Adalah Satu Perjalanan, Perjalanan Seorang Hamba

Subscribe to Zaffan Khalid

Hari Raya: Selamat Menghayati Erti Pengorbanan

Saat berderai jatuh titisan air mata suci Nabi Ibrahim dalam keSABARan

Melihatkan keteguhan iman, keIKHLASan hati anaknya Nabi Ismail

Disitulah bermulanya sejarah agung ERTI SEBUAH PENGORBANAN

InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan. Kadangkala dalam kita berkorban, segala perkara kita RASA sudah dilakukan dan perkara keburukan ditinggalkan. Namun kita masih tetap diuji.

Berkorbanlah jua andai diri tetap di uji. Tanpa sebarang klu Allah menurunkan wahyu supaya Nabi Ismail perlu dikorbankan. Tanpa sebarang persoalan perintah dilakukan. Hebat sungguh pengorbanan ini. Pengorbanan yang dilakukan tatkala diuji.

Sebuah Cerita

“Mak kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!” pinta seorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor kambing betina tua, yang terpinga-pinga.

Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak?

Tidak perlu.

Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah milik pengusaha ternakan kambing tersebut. Mahu diambil si emak, mahu diambil si anak, kuasa mutlak ada padanya.

Namun kerana ihsan yang ada pada diri, penternak kambing sentiasa mengambil si kambing dewasa untuk jualan dan sembelihan. Sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada pertikaian, kerana seluruh kandang itu milik dirinya. Manusia yang memberi makan, minum, penjagaan, rawatan, perlindungan dan segala yang diperlukan oleh si kambing untuk hidup sejahtera.

Baca seterusnya……

  1. Syafiqah Said,

    Salam Kak Zaf

    insyaAllah ke PUISI ;)

    hehe. aiseh. melepas la nak rase dibelanja makan oleh Kak Zaf ni. (-_-”)

    Selamat Hari Raya aidiladha juga. :)

    (^_^)

Add A Comment