Zaffan Khalid

Saat Penantian Adalah Pencarian Diri

Sekali Sekala ‘Melarikan Diri’

“Tidak tahan lagi. Perlu lari dari Nottingham. Seketika pon jadilah!”, itulah yang berlegar-legar dalam kepala.

Keserabutan yang melanda ketika awal tahun ketiga di bumi Nottingham sungguh menyesakkan dada. Beberapa perkara datang sekaligus menuntut saya menilai dan membuat keputusan. Bukan mudah jadi orang dewasa. Setiap keputusan dan tindakan ada kesannya. Lalu, membuat keputusan perlu penuh tanggungjawab agar mampu menangani apa jua kesan atas tindakan tersebut di kemudian hari.

Perasaan bercampur baru. Rasa takut dan khuatir. Rasa bersalah dan tidak tentu hala. Lain perkara, lain emosinya. Bermacam-macam sehinggakan mendesak diri untuk mencari ruang untuk diri, jauh dari dunia sehari-hari.

Cambridge Tempat Membawa Diri

“Kak Zaffan, saya nak promosi Islamic Awareness Week (IAW) di Cambridge. Akak berminat?” Ede menawarkan melalui chatting di Yahoo Messenger.

Saya lihat aktivitinya. Jadual ceramahnya kena dengan kekosongan saya. Alhamdulillah. Walaupun tidak pernah berjumpa Ede; my superunior, namun perkenalan yang singkat tanpa pernah berjumpa tidak membataskan. Mungkin kerana punya persamaan sebagai x-KYUEM. Serasi. Semuanya sudah ditakdirkan dan lebih memungkinkan apabila wujud desakan dari dalam diri yang mencari tempat untuk melarikan diri.

Segera menelefon Intan lalu mengajaknya untuk meneman. Topik ceramah yang menarik barangkali membuatkan Intan tidak berfikir panjang. Lagipun, ini kali pertama kami ke Cambridge. Mahu juga lihat tempat orang bijak pandai. Hehe. Alhamdulillah, hujung minggu yang singkat cukup bermakna. Ceramah yang diberikan turut membantu dalam menilai serta membuat keputusan kemudiannya.

Sharpen the saw

Read the rest of this entry »

No responses yet

Jangan Sampai Tertipu

“You said we can get back the deposit AND the credit balance right?” Diana bertanya lagi. Memandang tepat ke arah mata penjual.

“Yes”, jawab si penjual acuh tidak acuh.

“So, then?” asakan demi asakan diberikan.

“So?” diulang apabila tiada respon.

Akbil

Semasa di Istanbul, pengangkutan awam kerap kali digunakan berbanding di Bursa. Lalu kami memilih Akbil yang fungsinya seperti Oyster Kad di London dan LRT Pass di Malaysia. Selain 10% diskaun, tidak perlu membeli tiket setiap masa untuk ke sana-sini. Akbil digunakan untuk menaiki tram, metro, bas mahupun ferri. Mudah. Hanya touch and go.

Cara menggunakan Akbil. KLIK

Malangnya, kami menjadi sasaran si penjual. Dari sejak awal lagi sudah terasa pelik. Kami meminta hanya 20 kredit dimasukkan kedalam akbil. 20 kredit bersamaan 20 lira. Namun, si penjual memberikan kami akbil yang berisi 51 kredit. Banyaknya! Pasti tidak habis digunakan.

“Can we get 20 credit only?” Diana bertanya.

Si penjual buat-buat tidak layan. Bahasa badannya menyatakan, “Tak mahu sudah…..”.

Geram.

“Ok, if we not finished the credit, can we refund?” bertanya untuk mendapatkan kepastian.

“Yes, but only here”, si penjual memastikan.

Baiklah. Sedikit mencurigakan. Namun tidak mengapa.

“Diana, kali terakhir kita menggunakan akbil nanti, kita periksa dahulu berapa banyak baki yang tinggal”, saya mencadangkan lalu mengingatkan diri sendiri juga untuk lebih berhati-hati.

Read the rest of this entry »

No responses yet

Atas Nama Cita-Cita

“Cita-cita saya ingin menjadi ibu suri rumah tangga”, tenang dan penuh yakin ucap gadis Indonesia itu.

Saya duduk bertentangan dengannya dalam bulatan semasa sesi berkenalan dengan remaja ESQ. Saya terkejut dengan apa yang diucapkan. Nadanya jujur dan ikhlas. Pertama kali saya mendengar `cita-cita` sedemikian rupa.

Pertama Kali Diperkenalkan Dengan Cita-Cita

Masih ingat pada kad laporan sekolah rendah anda? Bagi mereka yang sezaman dengan saya, pasti masih ingat akan kad laporan sekolah yang agak sederhana besar saiznya. Apa yang menarik perhatian saya ialah ruangan menulis cita-cita.

Dari darjah satu hingga darjah tiga, kami dikehendaki menulis apakah cita-cita kami di dalam kad laporan itu.

“Doktor”

“Peguam”

“Pramugari”…….

Inilah antara cita-cita yang pernah saya tulis dalam kad laporan. Cita-cita yang ditulis tanpa sebarang gambaran jelas. Cita-cita yang ditulis tanpa penerangan atau penjelasan. Tanpa pendedahan apakah jenis pekerjaan yang dinyatakan. Alhamdulillah saya dijauhkan dari cita-cita menjadi seorang pramugari.

Read the rest of this entry »

5 responses so far

Kembara Di Bumi Turki: Topik Bait Muslim Tidak Lari

Saat saya menulis entri ini, saya masih lagi di Istanbul, Turki. Kembara kali ini bukanlah menjejakkan kaki di setiap pelosok bumi Turki, hanya Bursa dan Istanbul yang sempat saya lawati. Alhamdulillah. Kembara dimulakan di Busra dan bakal diakhiri Istanbul satu kombinasi menarik menawarkan pengalaman tersendiri.

Permusafiran yang masih berbaki 2 hari lagi cukup bermakna. Terlalu banyak yang dilalui untuk memaknakan kembara di bumi Turki pada kali ini. Terlalu banyak. Alhamdulillah, Allah sahaja yang memungkinkan segalanya.

I Doubt, I Think, I Am

Tatkala kaki menapak di tanah Bursa, ibu negara pertama Turki Uthmaniyyah, hati saya ragu-ragu. Saya menyoal diri, untuk apa kembara kali ini. Apa yang diri ini cari?

Hadis Umara` atau dikenali juga sebagai hadis huzaifah berlegar-legar dalam kepala saya.


Dari Nukman bin Basyir, katanya ‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.

Datanglah Abu Saklabah lalu berkata ” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’

Huzaifah RA lalu segera menjawab.” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.

Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti yg Dia kehendaki.”

Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.

Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (malikun a’adhun) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.

Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman (malikun jabbar) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.

Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”

Kemudian Rasulullah SAW pun diam.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5.

Ya, Turki Uthmaniyyah ditafsirkan oleh para ulama` sebagai zaman malikun `adhun. Namun, apa signifikasi permusafiran saya dengan hadis ini. Apa?

Ya, Allah. Aku hadir di bumi Turki, tanah yang pernah menyaksikan zaman malikun `adhun seperti yang Engkau janjikan dalam Sabdanya Rasulullah. Apa yang dijanjikan, telahpun berlalu. Apa yang dijanjikan benar-benar BERLAKU. Pasti! Moga Jaulah ini menambahkan lagi keimanan kepadaMu. Moga penyaksikan peninggalan zaman malikun `adhun ini menambahkan lagi keyakinan menuju khilafah seperti yang dijanjikan.

Tahun lepas saya berkesempatan ke bumi Andalusia menyaksikan peninggalan khilafah Abasiyyah tatkala dihujung pemerintahannya. Hanya khilafah umaiyyah yang belum berkesempatan saya saksikan dan jejak buminya. Satu hari nanti insyaAllah.

Dalam pencarian ini, Allah takdirkan pelbagai pengalaman yang cukup berharga. Pengalaman yang tidak akan dapat saya kutip andai hanya menonton video di depan komputer. Pengalaman yang tidak saya kutip andai hanya menghadap buku untuk dibaca. Pengalaman yang dikutip melalui ransangan semua deria. Saya melihat bangunan-bangunan serta tanah yang menjadi saksi. Saya mendengar  suara hati orang Turki. Saya menyentuh dengan tangan tinggalan bangunan yang wujud sehingga kini. Saya membayangkan, apalah agaknya yang akan diluahkan oleh bangunan yang menjadi saksi andai mereka mampu berbicara. Saya cuba merasa, cuba membayangkan setiap peristiwa.

Read the rest of this entry »

4 responses so far

Tangisi Pertemuan, Bukan Perpisahan

“Kak Zaffan, ada ramai pelajar yang akan ke Nottingham. Pelajar KPM semuanya. Saya kenali mereka semasa program BTN,” begitulah lebih kurang maklumat yang disampaikan oleh Ainol, superjunior saya di KYUEM.


Permulaan Satu Pertemuan

Bermula dengan satu nombor telefon, milik Khadijah, akhirnya berjaya mengumpul hampir kesemua nombor telefon para pelajar tajaan KPM lepasan matriks yang akan mendaftar di Universiti Nottingham bagi sesi 2008/2009.

Daripada Nabilah di utara, sampailah kepada Najihah di selatan saya cuba jejak. Nab dan Nadiah di Kedah, Pain di Penang, Dijah di Pahang, Su di Negeri Sembilan, Anis di Kelantan dan Iela di Melaka. Berbeza negeri, berbeza latar belakang tetapi punya persamaan, bakal ke Nottingham.

Andai adik-adik dari KYUEM dan KMB khususnya sudah diberikan pendedahan melalui program pre-departure, adik-adik dari matrikulasi tidak sempat merasa. Lalu buku panduan pre-depature segera saya poskan. Saya berkesempatan menyerahkan buku itu kepada Khadijah secara berdepan. Pertemuan singkat di bandar Temerloh merupakan detik pertama perkenalan saya dengan Khadijah dan emaknya. Alhamdulillah.

“Tolong tengok-tengokkan dan jaga anak makcik ya,” begitulah pesan emaknya Khadijah. Terasa sudah tanggungjawab sebagai senior. Tergambar sudah betapa besar harapan ibu membesar dan melahirkan kita.

“InsyaAllah makcik,” saya menjawab dalam senyuman. Berdoa dalam hati agar Allah beri kekuatan dan kemampuan.

Cantik sekali perancangan Allah. Itulah permulaan satu pertemuan. Jodoh yang sudah ditetapkan.

Read the rest of this entry »

8 responses so far

Bara` Dan Wala`: Resah Untuk Bertindak?

Adik disebelah rasa resah dan gelisah.

“Banyak sungguh yang perlu aku lakukan untuk baiki diri. Banyak lagi karat jahiliyyah dalam diri.” Agaknya itulah yang sedang bermain dalam fikiran tatkala mendengar ceramah Ustaz Mazrul pada petang semalam.

“Setiap daripada kita adalah pemimpin dan akan dipersoalkan tentang kepimpinannya. Kita perlu baiki diri. Banyak perkara yang perlu kita lihat dan baiki,” begitulah antara input yang dihuraikan oleh ustaz sambil menulis di papan putih aspek-aspek pada diri yang perlu dibaiki. Benar, memang banyak.

Saya juga memikirkan hal yang sama. Teringat kembali , saya juga resah dan gelisah ketika sebaya dengan adik disebelah, pertama kali didedahkan untuk memahami Islam ketika di kolej persediaan dahulu. Rasa resah dan gelisah turut hadir pada petang ini dalam memproses setiap input yang dikongsikan oleh Ustaz Mazrul.

“Banyak lagi yang aku perlu belajar. Banyak lagi yang aku perlu faham. Banyak lagi yang perlu aku amalkan dan abaikan. Prioritize dan kenal diri,” antara perkara yang berlegar-legar sepanjang program ilmu semalam.

Ya, resah dan gelisah itu wujud dan hadir. Cumanya pada kali ini saya lebih tenang memikirkan bagaimana untuk bertindak.

Bara` dan Wala`

Bara` dan wala` bererti membenci dan mencintai kerana Allah swt. Semuanya kerana Allah. Andai membenci atau menyukai sesuatu mengikut nafsu, selera atau keserasian, maka mudahlah syaitan menyesatkan. Justifikasi untuk membenci dan mencintai kerana Allah amat sukar bukan?

Justeru, sama-sama menyeru untuk tambah ilmu dan tambah kefahaman lalu membuahkan amal. Bertanya kepada yang tahu. Belajar lagi dan teruskan belajar. Inilah kehidupan seorang muslim. Bertambah baik dari sehari ke sehari insyaAllah.

Circle Of Influence

“Untuk maju kedepan, kita perlu fokus pada circle of influence. Kita mampu untuk mengubah apa yang ada dalam circle of influence kita. Andai kita berbicara tentang sesuatu yang diluar influence kita, kita akan rasa hopeless dan lemah,” begitulah lebih kurang inspirasi yang dinyatakan oleh Imran Koyube semasa meeting Iluvislam.com di alam maya.

Be Proactive. Buku 7 Habits Of Highly Effective People oleh Stephen Covey.

Sudah berkali-kali saya mendengar istilah ini - circle of influence. Namun pada saat itu saya tersentak kembali. Kembali memikirkan dan kembali memahami.

Read the rest of this entry »

No responses yet

Gundah Hati Musim Panas

Entahlah, selepas dua minggu tidak aktif menulis. Terasa sedikit lembab dan lampi. Lebih-lebih lagi fikiran masih tidak lurus dan fokus dek kerana memikirkan keputusan projek yang sudah ada tapi belum sampai ke pengetahuan diri ini.

Usah difikirkan lagi. Usah berkalau-kalau. Mata pena sudah terangkat dan dakwat telahpun kering. Beralihlah pada kerja-kerja yang lain.

Ya benar!

Saya lihat kembali wish list yang pernah ditulis dalam entri lepas. Banyak sekali. Kata-kata Fatin, “Biar gerak, walaupun sedikit. Asalkan gerak. Gerak!….”

Ya benar!

Tatkala melihatkan adik-adik sibuk mengemas barang untuk pulang. Memunggahkan barang. Mengeluarkan ayat-ayat penyata ingin makan itu dan ini ketika di Malaysia nanti, hati makin gundah. Nasib si pelajar tahun akhir. =)

Topik Panas Musim Panas

Di Nottingham sendiri, dua pelajar tahun akhir bakal mendirikan rumah tangga. Tahniah!

Yang kelakarnya, soalan yang sama ditujukan kepada saya. Mana kadnya…bila tarikhnya….?

Erk…andai memang sudah tiba masanya, anda akan menerima jemputannya. Itulah soalan panas yang diajukan buat semua pelajar tahun akhir. Bersedia dan buat selamba ya.

Topik hangat. Kahwin.

“Kahwin…kahwin..kahwin…Takde topik lain!” luahan rasa salah seorang teman serumah.

Ya benar!

Kahwin adalah bait muslim. Jangan yang merepek-repek sudah. Biar bermanfaat.

“Arghhh…nak kahwin…..”, jerit senior saya seorang itu.

“Kahwinlah…” layankan sahaja apa yang dijeritkan.

“Macamlah kahwin itu menyelesaikan segala masalah”. Senior itu mengaku lagi.

Tahu tak apa….

Ya benar!

Read the rest of this entry »

4 responses so far

Sabar Yang Pertama

“Susahnya nak cari parking kat Temerloh ni,” seringkali saya mengadu pada emak yang memandu.

“Kita tunggu sekejap, sabar. Ada rezeki adalah nanti,” ucapan yang seringkali diulang-ulang. Emak memberhentikan kereta di sisi jalan menanti andai ada yang akan dikosongkan.

Benar, sabar itu rahsianya.

Orang Yang Sabar Akan Menang
“Engkau ni penyabar orangnya Nur, walaupun penat menjual cendol, kamu sabar je Cik Aya tengok,” Cik Aya memberikan pendapat.

“Baguslah, sabar. Orang yang sabar selalunya menang.” Cik Aya menambah lagi. Sering diulang-ulang. Orang yang sabar selalunya menang. Itulah kata-kata hikmat Cik Aya, pengusaha restoran di tanah air yang saya sempat kenali semasa kedatangan Cik Aya di bumi UK ini.

Saya tidak menafikan, tidak pula memberikan apa-apa komen. Kepenatan membuat cendol. Saya lebih suka mendiamkan diri. Namun, dalam kepala ligat juga berfikir. Bersabar sangatkah diri ini?

Wallahu`alam. Cumanya, alhamdulillah, tahap kesabaran semasa menjual cendol mampu saya kawal ditambah pula dengan penat dan stress yang timbul.

Tetapi tidak saya nafikan, tahap kesabaran dalam diri ini masih belum sebati. Sebaik-baiknya, sabar itu dalam semua perkara. Sabar itu pada detik yang pertama.

Read the rest of this entry »

One response so far

Wanita Ingin Bebas

“Milik siapakah gadis ini…”, seorang lelaki menyanyikan secara perlahan namun jelas kedengaran di telinga saya ditengah hiruk pikuk stesen bas Pekeliling.

Saya buat-buat tidak dengar. Bergegas ingin segera mengejar bas pulang ke rumah.

Tiada faedah untuk saya melayan.

Tiada faedah untuk saya perasan.

Istighfar.

Gangguan Atau Mengusik?

“Assalamualaikum dik…tak jawab berdosa”

“Apa khabar, boleh saya tolong…”

Read the rest of this entry »

3 responses so far

Dia Peduli, Kita?

Hati tersentuh semasa melihatkan gambar ini. Fitrah saya tersentuh. Mungkin dia satu-satunya yang hadir. Gambar ini bukan untuk publisiti. Walaupun seorang atau mungkin satu-satunya, namun cukup mudah Allah membuka hati-hati hambaNya.

Selamat bermuktamar wahai para pejuang sekalian. Muktamar yang baik untuk muhasabah kembali erti perjuangan dan dakwah.

Ahli Kelab Penyokong PAS, Kalwant Kaur , 49, dari Teluk Intan turut serta menghadiri Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke 49 di Shah Alam hari ini. Ihsan dari BLOG IBNU HASYIM.

Soal diri, apa yang sudah disumbangkan untuk Islam.

No responses yet
Subscribe to Zaffan Khalid